15 August 2009

Doa Menghadapi H1N1


Selain merawat diri dari menghindari berjangkitnya virus h1n1 dengan melakukan pelbagai kaedah dan tip2 yang diberi,kita sebagai umat islam haruslah berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah agar diberi perlindungan dari segala penyakit2 yang ada didunia ini.Setakat semalam,mangsa yang menjadi korban virus babi (h1n1)sudah menjangkau 38 orang.

Apakah doa yang terbaik bagi menghindari penyakit H1N1? Mari sama2 kita amalkan..


Baca Doa ini :

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."


04 August 2009

Tak Tahu Nak Buat Apa


Aduh,...Letih bah ni,..WoW!!! Boleh cakap Sabah lagi tu,,..Pandai kan??? Eh2 perasan nini,..Hehehe,...

Semasa balik sekolah, Nini asyik tertidur..Disebabkan letih bah ni kan,...Sekarang ni Nini pandai cakap sabah,...Macam "Jeleknya muka mu",..tu je yang Nini tahu,..Ade yang cakap ke Nini yang "Kenapa bah ni?"

Di sini ade abang Ayih,..Tapi die dah tido,..Die selalu main DragonFable,...Tak habis - habis main,..Ish3,..Abang Ayih balik kat rumah ni sebab abang Ayih demam,....Nini kesian ke abang Ayih tu,...Huhuhu,..

Ini gambar abang Ayih ni,...
Kat atas tu,,...





03 July 2009

Hai,semua,...Terima kasih kerana baca saya punya blog ini,...terima kasih ya,...I LOVE YOU ALL,...

30 June 2009

Jika saya seorang JUTAWAN

Jika saya seorang jutawan,saya akan membantu orang yang susah. Contohnya ibu bapa saya,bapa saudara saya,kakak saudara saya,adik beradik saya,anak - anak yatim dan sebagainya.

Jika saya seorang jutawan, saya akan membeli rumah yang selesa untuk ibu bapa saya. Jasa saya selama ini terlalu banyak kepada kami adik beradik.

Selepas itu,saya akan belajar bersungguh - sungguh dan membeli buku bku pelajaran. Saya akan membina sebuah perpustakaan barhambiran rumah saya. Semua pelajar yang ingin membuat rujukan, bolehlah menggunakan perpustakaan saya dengan percuma.

Jika saya seorang jutawan, saya akan menyediakan tabung pendidikan untuk adik - adik saya dan orang yang memerlukan. Tabung ini akan membantu meraka melanjutkan universiti.

Demikianlah impian saya,jika saya seorang jutawan. Saya berdoa supaya impian ini akan menjadi kenyataan.


Kepada semua pembaca saya,ini bukan yang benar ya. Sebenarnya ini cerita saja. jangan terpedaya dengan saya
:-P

29 June 2009

Jumpa Angkasawan yang Terkenal di Dunia



Pada bulan 5,saya dan kawan - kawan saya ingin berjumpa dengan angkasawan. Tetapi saya tidak boleh mengambil gambar angkasawan kerana kena beli buku angkasawan. Tapi saya tiada duit untuk beli buku angkasawan. Saya sungguh gembira kerana dapat berjumpa dengan dia. Saya dan kawan - kawan saya berjumpa dengan dia di MRSM Tawau. Di situ ada banyak murid - murid yang ingin berjumpa dengan dia. Mereka sungguh gembira kerana mereka suka dengan dia.Inilah gambar angkasawan:-

Itu saja yang saya ada gambar dia.





Di Semporna,Sabah


Di situ ada pemandangan yang cantik,...Ia sungguh cantik,..contohnye,di atas gambar tu,..:-
Ada orang mandi di situ,..Banyak orang mandi - manda di situ,..
CAri saya di dalam gambar tu,..Cuba teka,di mana saya di dalam gambar tu?




Thank you Kak Yani,..Sayang kak Yani,..Kak Yani lah yang ingat Hari Jadi Nini,...Thank you ya kak Yani...Sayang kak Yani,...Mmmmuuuuaaaaaahhhh,,....Hehehe,...




28 June 2009

Pada hari ini , saya sangat gembira sebab hari ini hari jadi saya,...Saya tak tahu nak buat apa dalam ni,..sungguh sedih buat blog ni,..kena buat setiap hari lah,..aduh,..letih betul,..jadi entahlah macqam mane nak buat ni,...